Followers

27 December 2011

mari! mari! siapa nak nota..

Assalamualaikum..

wahai junior junior saya yg tersayang, kalau ada antara kome nak tgh dok mencari buku/nota yg kome rasa malas nak photostat @ buku/nota agak mahal, kome blh cari saya. saya jual segala nota dgn harga yg murah. ni senarai buku/nota yg ada.. sape nak cepat cepat la gtau yee.. kalau kome benasib baik, siap ada nota ringkas lagi tuu.. HAHAHA..

1) Institusi Islam
2) Database
3) Data Communication
4) Web / HTML
5) Etika Profesional
6) Programming III
7) Matematik 3
8) Matematik 5
9) Graphical User Interface (GUI)
10) Pembangunan Aplikasi Multimedia (PAM)
11) System Analysis & Design (SADM)
12) Digital Video (subjek multimedia)



siapa cepat, dia dapat.. mekasihhhhh :)

23 December 2011

i fall in LOVE with my best friend

Assalamualaikum..

okayy..
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab Allah dah temukan aku & dia.
Walaupun semua ni baru permulaan utk aku,
tapi memang itu yg aku harapkan dari mula mula kami rapat.

"Awak, thanx banyak banyak sebab awak terima saya sebagai kekasih hati awak.
Saya taknak janji apa apa utk kita.
InsyaAllah selagi ada jodoh antara kita, 
selagi tu saya akan sayangkan awak &  jaga hubungan kita ni."
 

21/12/2011..
I FALL IN LOVE WITH MY BEST FRIEND!

21 December 2011

Lelaki yang patut ditinggalkan..

Assalamualaikum..

Satu hari tu tiba tiba aku terbaca satu kat satu blog ni..
Tajuk macam menarik.
"10 Jenis Lelaki Yang Patut Anda Tinggalkan"
Aku minat tajuk ni pun bukan apa,
cukuplah apa yg dah terjadi baru baru ni..
#taknak cerita panjang.


Antara benda yg menarik perhatian aku ;
1)"Lelaki yang sering mengucapkan kata SAYANG tetapi tidak mahu @ tidak bersedia utk menjalinkan hubungan yg lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya bertahun tahun. Ini bermakna anda bukan org yg diinginkannya.mungkin juga tiada dalam kamus hidupnya."

2)"Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Ke mana sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dr pandangan org lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung utk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu."

# Okayy! dah paham.. tak perlu la kot nak harap lebih lebih.. taknak sampai macam PERIGI CARI TIMBA. sorryyyy :)

16 December 2011

Pesanan Untuk Bakal Suami

Assalamualaikum! 



Hari ni tiba
tiba aku terfikir utk masa depan aku. 
Memang lah kita hanya merancang tapi Allah yg menentukan.
Tapi kita sebagai umat Islam berdoa semoga segala yg terjadi InsyaAllah boleh berubah..

Aku terfikir nak kahwin! bukan gatal lahh! tapi ni utk masa depan aku.. 




Wahai "bakal suamiku", ingatlah pesanan bakal isterimu ini....  #cewahh! 
 
1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami ”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!).

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. Itu hipokrit atau dalam bahasa Arab disebut Munafik. (ustaz/ustazah yg ada kat sini kalau silap sori yek)

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!


 

30 October 2011

Final Exam

Assalamualaikum.

FINAL EXAM! 

sekarang tengah bertungkus lumus utk study.
subjek : 
- english for professional communication
- pengaturcaraan antaramuka pengguna
- programming III
- pembangunan aplikasi berasaskan web I
- pembangunan aplikasi multimedia.

elakkan : 
- dating / hang out
- tidur berlebihan
- sakit itu ini
- banyak bunyi (bersuara)
- benda lain yg tak ada kena mengena dengan subjek final ni

air kotak milo tu wajib! ni la harta karun aku bila exam. HAHA
sorry!
MEKASIH~

05 October 2011

ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum..


ALHAMDULILLAH..
Aku bersyukur sangat sangat..
Aku rasa semakin hari hati aku ni semakin tenang. 
Rasa tenang bila kau semakin jauh dari hidup aku.








Ya Allah, Ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku seorang hamba yang lemah dan sering membuat kesilapan..
Engkau berilah petunjuk dan hidayah agar aku terus dapat mencari keredhaan di jalanMu.
Amin.. 


Bermulalah kehidupan baru aku yg sememangnya aku tunggu tunggu saat ni. 
Kehidupan untuk mencari lebih ketenangan dalam jiwa.
InsyaAllah..  



**orang yang sentiasa memperlekehkan seseorang itu adalah orang yang ingin melihat seseorang itu jatuh dari mendapat kejayaan. 







01 October 2011

Melepaskan buat selama lamanya..



Assalamualaikum..


"Hari ini 1 OKTOBER 2011,
saya NURZULAIHA melepaskan awak, 
MUHAMMAD AMIZUL ZAINI 
sebagai KEKASIH HATI saya buat selama lamanya..
Hubungan kita hanya mampu bertahan selama 11BULAN 15HARI.. 
Thanx for everything!"


Kenapa?
Biarlah antara kami sahaja yg tahu..
Tolong jangan nak buat cerita itu ini kalau korang tak tau apa apa..


tak nak cakap banyak dah. 
ni je yg tinggal gambar kenangan antara kami.. 


Lost World of Tambun


Gunung Lang
Parade

awk bagi masa 1st date tu (:

*  tiada lagi peluang untuk yg kesekian kali buat kita berdua...
aku buat ni nak semua org tau selama ni aku ada kau sorang je.
* terbuka pintu hati ni untuk kau dan tertutup juga pintu hati ni buat kau..
* yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari diri kita.


kSELAMATPERGIDARIHIDUPKUBUATSELAMALAMANYA! (:






28 September 2011

kalau saya tak bersama awak..

Assalamualaikum.

MAZMH,,
Terima kasih sebab kau kata kau masih tau jaga batas kau dengan gadis lain. 
Terima kasih sebab kau puji dia lebih lebih sampai aku rasa macam dah melampau sangat.
Terima kasih jugak sebab kau kata itu ini tak henti henti pasal dia sampai aku rasa nak menjerit.
tapi aku tetap sabar..
....
Aku lagi sakit hati bila kau kata,
"kalau saya tak bersama awak, mungkin saya akan bersama dia".
....
....
....

babe! aku ni siapa buat kau? 
kau boleh kata macam tu depan aku?!
aku pun ada hati & perasaan jugak lahh...
....
k,FULLSTOP! 







23 September 2011

mickey and minnie ♥

Assalamualaikum..

Hari ni tak nak cakap apa apa..
Sebab tak larat lahh.
Ni la ceritanya..
MAZMH *awak



NZZ  *saya


MAZMH & NZZ



motif? 
ada laa.. 

macam budak kecik? 
biar laa.. 

lalala~ 

kbye! (:

21 September 2011

disappointed

Assalamualaikum.


hari ni nak luahkan perasaan yg buat aku tak puas hati.
aku bukannya tak puas hati sangat pun.
cuma rasa KECEWA dengan sikap korang semua.

sebelum ni...


ya ya ya!
mula mula korang kenal aku dengan sikap pendiam.
aku bukan hipokrit tapi aku rasa hormat.
tak kan la mula mula aku dah tunjuk perangai kan..


sejak kejadian tu, aku dah jadi diri aku yg sebenar.
mulut tak reti diam, gila gila n macam macam lagi la.
tapi masih dalam keadaan terkawal
sebab masa serius, aku serius..
masa main main, aku main main jgk..


tapi sekarang...


bila aku tengok keadaan dah tak teguh dengan orang orang pun macam chipsmore lagi la aku rasa macam dah makin menyampah kecewa + muak + geram & +++++.


lepas ni...


aku hanya akan tunggu dan lihat sahaja.
aku tak nak cakap apa apa dah.
korang dah besar kan.
aku pun tak suka bising bising.
kalau aku bising bising kang, lagi la tak puas hati sana sini.


dah! baik aku diam dan terus membisu.
kbyeee!


kecewa! *gambar hiasan

18 September 2011

Pergi buat selama lamanya..

Assalamualaikum.

Mula mula skali aku nak minta maaf kat kawan kawan kolej aku,
kalau kalau aku tak bagi tumpuan sepenuhnya kat u all.
bukan aku suka suka tapi ni reality.

kenapa? 

sebab lepas sorang sorang saudara mara aku pergi ke rahmatullah buat selama lamanya.
aku memang terasa gila dengan kehilangan arwah.
sebab dalam masa yg singkat je,

siapa? 

first 
kakak abah aku. sebab strok & sakit sakit yg tak diketahui.

second 
kakak mak aku. sebab strok n buah pinggang. koma hampir sebulan.

third 
abg abah aku. sebab sakit tua. sakit hampir 3minggu & nazak dalam 2hari.

tapi tak sampai seminggu...

fourth 
sepupu mak aku. sebab buah pinggang tak silap la. masuk ICU hampir 5hari.

Semoga allahyarham & alllahyarhamah ditempatkan di kalangan orang orang yg beriman. amin..

13 September 2011

gemuk? hanya tunggu dan lihat :)

Assalamualaikum.


Arghh! punya busy sampai tak ada mood nak update. 
aku tak tau kenapa tiba tiba datang mood aku nak exercise bila weekend. 
mybe sbb aku dah gemuk kot. 
satu pagi tu aku punya la semangat nak exercise! exercise kat mana? ade laa.
jenis aku ni suka exercise pagi pagi. kena matahari pagi pun mmg elok. 
aku saje je ajak budak kecik tak bape nak matang ni joging skali.. 
dalam perbualan tuu...


aku : sok nak pegi joging laa. nak ikut?
budak kecik : boleh ke kurus ni? 
aku : kuang jaqq! cabai mulut tu kang! hahaha. 



bila balik tu, aku tengok fon aku ada "1 massage received".
sape la yg nak text aku pagi pagi buta ni. selalunya tak ada pun. rupa rupanya budak kecik yg tak berapa nak matang ni text aku..


budak kecik : agak agak turun bape kg?
aku : baru skali joging kot. haihh budak ni.. 
        bagi la masa GILE! hahaha
budak kecik : tak maunye turun badan kau tu.. hahaha
aku : bongok laa. pang kang!! 


aku nak kau baca ni wahai budak kecik. :P


to budak kecik
aku klau blh nak kau bg semangat kat aku utk aku turunkan berat bdn aku ni sikit. bukan apa, rasa mcm dah terlebih. tp last last aku tengok kau tu mmg dah gila gila cabar aku utk turunkan berat ni.  arghh! aku suka. aku suka. tp kau jgn risau. lepas ni kau tak kan panggil aku GEMOK dah. hahaha.  kau bg la aku masa sampai aku abis final, br kita jumpa. kita tengok ada perubahan or tak kat aku ni. hahaha. 


kau sape wahai budak kecik?? kau ade laa LBN *kau sorang je yg tau ape maksud tuu. :)

11 August 2011

Cinta Bersemi Kembali..

Assalamualaikum. 

Alahai..dah lama aku tak merepek merapu kat blog ni. Maklum lah sibuk itu ini kat kolej tuu. oke! enough di situ. Bebalik kat title 'CINTA BERSEMI KEMBALI' tuu. titile ni sebenarnya lagu. time ni aku tgh tak ada keja, aku download lagu lagu yg tak berapa nak hott gitu. Lepas je aku usha lirik lagu ni, perghh! best giler. layan jee~ Utk pengetahuan u all, lagu kat blog ni jgk lah lagu yg aku maksudkan. *blh tuju lagu? lagu ni aku tujukan kepada...wahaha.

Khas utk yg dikhaskan~~

kenangan indah saat bersamamu
saat kau ada di sampingku
kini semua terulang kembali
masa-masa terindah bersamamu

reff:
aku jatuh cinta lagi
cinta yang dulu bersemi kembali
aku jatuh cinta lagi
cinta pada mantan kekasihku
cinta yang pernah ada di hatiku
kini tlah hadir kembali di jiwaku
mungkinkah semua terulang kembali
ku ingin engkau seperti dulu
* ku rasa ku tlah jatuh cinta
kepada dirimu...

Ada maksudkah disebalik lagu ni?? Ada maksud tersirat?? hahaha. 
YUPP! aku tak nak tipu & aku tak nak sorok. 
bukannya aku nak riak or bangga tapi aku rasa bersyukur (Alhamdulillah)
sebab Allah dah kembali semula segala gala yg aku telah kehilangan selama ni. 
 
Siapakah gerangannya  "mantan kekasihku"? hahaha. Rahsia lahh! 
Aku akui memang aku sayangkan dia. aku tak tau nape aku tak blh nak benci & lupakan dia. Menyanyangi seseorang tu tak semestinya kita kena memilikinya. Tapi bagi aku, cukuplah sekadar kehadirannya sepanjang pernafasan aku. Siapa dia semua tu tak penting. Yg penting kesedaran & kekesalan yg dia cuba untuk berubah. Soal hati & perasaan tu, kalau di izinkan Allah utk bersama semula, InsyaAllah.. Tapi kalau tak, aku tak kan lupa kenangan kami bersama selama ni.